DEAR TODAY ....

Thursday, February 16, 2012

7 cara - Bagaimana mengempiskan masalah perut JENDOL (buncit)!

perut buncit    vs.    perut idaman

Kepada kaum lelaki di luar sana, of course merasakan perut buncit ni nampak ....... HANDSOME?? CUTE?? SEGAK?? KACAK?? BERGAYA?? TOUGH?? (..iye ker? -.- )  

Actually, itu sebenar nya hanya untuk menyedapkan hati masing-masing.. Iyela.. perut dah macam gitu kan... of course kena la market kan diri.. ye tak? :) But anyway, entry kali ni bukan lah untuk memandang rendah pada siapa-siapa. Even kaum Hawa pun ada juga di antara mereka mengalami masalah perut buncit. Tapi 'dibuncitkan' oleh SUAMI..oops! hehe ^_^

Tetapi mungkin sesetengah pihak yang tidak kisah akan perubahan fizikal mereka tapi pada mereka yang mementingkan perubahan bentuk badan seperti perut buncit, kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai.

Apa pun jangan lah mengambil remeh tentang perkara ni sebab ada bahaya nya juga kalau kita teruskan masalah ini berlaku. Tak percaya? ---> [perut buncit tanda awal penyakit bahaya]

Di sini, ada cara-cara bagaimana untuk mengempiskan perut yang buncit. Tak salah kalau kita cuba dahulu kan?

1. Minum Air Masak Yang Banyak.

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan Perlahan-lahan.

Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi perut buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.So, jangan makan gelojoh! kunyahla dengan perlahan ikut sunnah Nabi. :)

3. Kurangkan Garam Dalam Makanan.

Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk. Lama kelamaan, perut buncit pun boleh berlaku. Garam pun boleh bawak penyakit darah tinggi tau!

4. Makan Makanan Yang Penuh Serat.

Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan dari mendapat penyakit perut buncit ini. Rajin-rajin lah makan buah!

5. Kesan Pengambilan Ubat.

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi perut buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari Sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari 3x seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan perut buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. Lakukan Senaman atau Bersukan.

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.


Oooopp! lagi satu, ade PETUA sikit untuk di kongsi bersama :

* JANGAN MANDI SELEPAS MAKAN NASI.  Itu pun boleh jadi punca perut buncit!
* Amalkan exercise sit-up lebih kurang 20-30x sebelum tidur. Cara mudah sahaja! (For those yang tiada masa untuk exercise di waktu petang)
* Sekarang kan dah ada banyak krim atau lotion-lotion yang dijual di kedai runcit / kedai jamu untuk bakar lemak/mengurangkan keBUNCITan perut, so beli la yer..hehe..  


So............SELAMAT MENCUBA! :)

 

Lots of <3,
-Mastura.Rusli-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...